Thursday, June 13, 2013

Kahwin Muda :)

Assalamualaikum & Hai!


Dah start dah malas si Sya ni nak tulis entry. Nampak tk malas dia? hihi. Bukan apa, cuma tak ada masa je. Yelah, kita kan sekarang berkerjaya sesejak cuti sem yg sebulan lebih ni dan tinggal beberapa je sisa baki cuti. K sedih sebab nak kena struggle utk sem baru dengan segala assignment yg macam bukit dan segala pancaroba onakduri dan sebagainya. Haha nampak tak ada orang tu guna HIPERBOLA banyak sangat :D

EH! sorry dah menyimpang dah ni, okay back to the title about Kahwin Muda. 
Sebenarnya macam ni, tadi kat kedai kerja berdua je dengan Kak Fara (owner coolblog), so Sya ni memang suka lah tanya2 kak fara pasal kawin muda ni. Sikit sebanyak dapatlah inspirasi hihi ^^

Inspirasi apa? Hmm ni yg nak citer ni. Sebenarnya kak fara kawin masa dia umur 19tahun. Muda bukan? :)
Yg paling best sebab Kak Fara dan suami (Abg Syafiq) ni sebaya. Yelah, selalunya kan gadis yg umur macam tu kawin dengan lelaki yg lagi tua 5 or 6 tahun. Ni tak, mereka ni sebaya kaayyy. Diorang kawin masa belajar kat Matriks lagi.

Setiap kali customer tk ada, Sya borak2 la dengan Kak Fara pasal kawin muda ni, daaaann Sya tanya lah macam2 pasal kisah kawin muda diorang. Hehe. Tahu, kalau korang baca ni mesti korang rasa yg Sya ni menyibuk kan? Ada kan rasa macam tu? Kan kan? Haha bukan apa, Sya memang suka dengar cerita pasal diri/kehidupan orang lain compared to nak citer pasal diri sendiri kat orang. Lagi2 cerita pasal kawin muda, haaa lagi lah laju Sya nak tahu. Hikhik :)

Yelah, persepsi orang sekeliling pasal kawin muda kan paling the worst -.-' 

Dah boleh pikul TANGGUNGJAWAB? 
Okay, memang lah kalau umur 18,19,20 tu muda, dan kadang2 tu rasa tk matang. Rasa diri sendiri pun tk terurus kan? Ada rasa kan  macam tu kan? Tapi, percaya lah, Kak Fara cakap, bila kita dah kawin, nanti kita akan tahu sendiri tanggungjawab kita apa as a wife or as a husband. Lagi2 bila dah start ada anak, time tu lagi lah kita jadi lebih matang :)

DUIT macam mana pula? 
Hmmm, memang lah pada mula nak kawin, guna duit parents sebab kawin muda, lagi2 yg tengah belajar tu kan, duit pun takde. Tapi bila dah digelar suami isteri yg sah, kena lah pandai cari duit. Yang penting halal. Macam Kak Fara kata Abg Syafiq ni dia jual burger masa kat matriks. Dia mesti bagi Kak Fara satu burger tiap hari ^^

Kalau dah ada ANAK pula macam mana dengan study?
Anak tu kan rezeki Allah SWT bagi. Kenapa kena pertikaikan? Kalau masa tengah pregnant tu boleh je lagi pergi kelas. Tapi kalau dah nak bersalin, terpaksalah extend sem. Yelah nak berpantang lagi kan. Tapi bila dh habis pantang tu cecepat lah catch up balik study awak k :)

Memang ramai orang tua yg suka sangat tanya dan soalan yang paling famous macam ni, "dia tu ada duit ke nak kawin?" "kau nak bagi anak dara orang tu makan pasir ke?" "kau kerja apa?, setakat kerja kau tu tk payah lah berangan nak kawin awal". Err, what kind of questions ek tu? 
hmmmmmm

Biarlah apa orang nak kata pun kan, yang penting diri kita sendiri. As long as kita tak buat apa2 yg Allah marah, so tak pe la kan? Dan jagan lupakan study anda tu k :)

Hmmm sebenarnya Sya dari sekolah lagi dah terfikir nak kawin around umur 19 or 20, tapi............. calon tak de T_T
Takpe lah, jodoh pertemuan tu kan Allah dah aturkan dan tetapkan so berdoa je lah banyak2 :D

Hihi itu saja entry kali ni. Sorry panjang sikit entry ni dan tak de gambaq yaaa. 


Sya,


No comments:

Post a Comment